Latar belakang Penyatuan_Bulgaria

Perang Rusia-Turki (1877–1878) ke-10 tamat dengan Perjanjian San Stefano ditandatangani, yang mana menyaksikan kehilangan besar wilayah empayar Uthmaniyyah. Bulgaria muncul kembali selepas 482 tahun pemerintahan oleh kuasa asing, meskipun wujud sebagai sebuah Prinsipaliti di bawah kekuasaan Uthmaniyyah.

Para diplomat Rusia mengetahui bahawa Bulgaria tidak akan kekal di dalam sempadan-sempadan ini untuk jangka masa yang lama — perjanjian San Stefano dikenali sebagai "permulaan" oleh pihak Rusia sendiri. Kongres Berlin yang bermula pada 13 June [G.L.: 1 June] 1878 dan berkahir pada 13 July [G.L.: 1 July] 1878 dengan Perjanjian Berlin yang mana mengasaskan sebuah negara lindungan Bulgaria di wilayah yang terletak antara Balkan dan Danube. Kawasan antara Pergunungan Balkan dan Pergunungan Rila dan Rhodope menjadi sebuah wilayah autonomi Uthmaniyyah yang dikenali sebagai Rumelia Timur. Pemisahan selatan Bulgaria kepada wilayah pentadbiran yang berbeza merupakan satu jaminan untuk mengendurkan kegusaran yang ditunjukan oleh Great Britain dan Austria-Hungary bahawa Bulgaria akan mendapat akses ke Laut Aegean, yang mana secara logik bermakna Rusia akan mendekati Mediterranean.

Bahagian ketiga terbesar dalam San Stefano Bulgaria — iaitu Macedonia — tidak mendapat sedikitpun kebebasannya, apabila ia kekal berada di dalam wilayah Uthmaniyyah sepertimana sebelum perang tercetus.

Rujukan

WikiPedia: Penyatuan_Bulgaria //www.jstor.org/stable/25118547 https://hdl.handle.net/2027/njp.32101079830178?url... https://hdl.handle.net/2027/uc1.b3945537?urlappend... https://archive.org/details/bulgariapastpres00samu... https://archive.org/stream/contemporaryrev08unkngo... https://archive.org/stream/cu31924007461654#page/n... https://archive.org/stream/developmentofeur03rose#... https://archive.org/stream/encyclopaediabri04chisr... https://archive.org/stream/handbookfordiplo00ande#... https://archive.org/stream/roumeliancoupd00lang#pa...